Sunday, March 11, 2012

Tanggungjawab dan Amanah

http://homestayperlis.blogspot.com/2012/03/homestay-mak-lang-kangar.html#links


Link diatas menceritakan segalanya kenapa aku menyepi dari hobi ini. Bukan mencari makan atau nak buat untung berjuta-juta.......tetapi ini adalah amanah yang paling besar dipertanggungjawabkan oleh bonda aku selepas pemergian arwah adik kesayangannya Bonda Fatimah Hussin.

TQ to Cikgu Asri and Cikgu Siti atas pertolongan..........semoga apa yang kita lakukan ini dapat membantu orang dikala kesusahan........insyaAllah.......

Saturday, February 18, 2012

QRV.......9M2SM........SOLP 15M......ARRLDX CW 2012

ARRL Inter. DX Contest, CW: 0000Z, Feb 18 to 2400Z, Feb 19
Mode:CW
Bands:160, 80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (QRP/Low/High)
Single Op Single Band
Single Op Unlimited (Low/High)
Multi-Single (Low/High)
Multi-Two
Multi-Multi
Max power:HP: 1500 watts
LP: 150 watts
QRP: 5 watts
Exchange:W/VE: RST + (state/province)
non-W/VE: RST + power
Work stations:Once per band
QSO Points:3 points per QSO
Multipliers:W/VE: Each DXCC country once per band
Non-W/VE: Each state, District of Columbia, VE province/territory once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:2359Z March 20, 2012
E-mail logs to:DXCW[at]arrl[dot]org
Mail logs to:ARRL Intl DX Contest, CW
ARRL
225 Main St.
Newington, CT 06111
USA
Find rules at:http://www.arrl.org/arrl-dx


DALBEAM TRIBANDER ......KENWOOD TS950SDX......N1MM CONTEST......9M2ZAK KEYBOARD KEYER......9M2OUT DE COOK.

Thursday, January 12, 2012

QRV WW PMC Contest.... Single Operator CW QRP

WW PMC Contest: 1200Z, Jan 14 to 1200Z, Jan 15
Mode:CW, SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op (CW/SSB/Mixed)(Peace Messenger City/World) (QRP/Low/High)
Multi-Op (CW/SSB/Mixed) (Peace Messenger City/World)
Exchange:PMC: RS(T) + PMC abbreviation
World: RS(T) + CQ Zone
Work stations:Once per mode per band
QSO Points:(see rules)
Multipliers:Each PMC once per mode per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:February 14, 2012
E-mail logs to:pmc[at]s59dcd[dot]si
Mail logs to:(none)
Find rules at:http://www.s59dcd.si/english/index.php?option=com_content&view=article&id=72&Itemid=114


9M2SM first contest in 2012.....operator 9M2GET

Saturday, December 24, 2011

MUKA YANG DIKESIANI......


Alhamdulillah selamat sampai ke bumi Perlis selepas hampir sebulan berada di perantauan. Bermacam aktiviti yang dilakukan sepanjang percutian ini bersama keluarga termasuk la melibatkan ham radio.


Setelah 8 jam berkonvoi bersama rakan2 terengganu dan kelantan yang hendak bercuti di Perlis....aku akhirnya tiba di Bandar Diraja Arau. Sempat loading barang yang aku kumpul sepanjang perjalanan sebelum aku bergerak semula ke Kangar bagi meraikan tetamu dari pantai timur makan malam bersama MB Perlis. Lebih kurang jam 12...semuanya selesai dan aku cepat2 beredar bagi menguruskan barang2 aku yang masih tersadai di depan pintu rumah
Sekitar jam 2 pagi akhirnya semua aku berjaya kemaskan termasuk la barang2 hobi aku...hehehe. "hang nie muka kesian la Hairie" kata sorang rakan baik aku. "Patut la banyak orang sedekah barang kat hang". hehehe aku tersenyum. apa pun rezeki....bukan aku meminta tetapi tuan dah tak mau pakai. Sebelum bertolak balik ke Arau....aku sempat menjeling LED skrin adik ipar aku yang tersadai kat tepi stor rumah. Dia kata dah tak pakai....lepas kawin tentu lah laki bini nak tengok skrin besar. "Nie TV zaman bujang dulu la bang Long"....kalau nak ambik la...tanpa banyak cakap aku dah nampak kat mana nak letak benda alah nie di tempat baru.

On the way back....masa di Machang.....9W2TZ call.....singgah rumah sat. Memang aku nak singgah pun...nak hantar keropok lekor. Ada barang nak bagi katanya. Tak tertanya pun dan aku dah agak.....nie mesti radio tapi aku tak menjangka la radio nie dia nak suruh test. Memang vintage....Valve Set.....sama umur dengan Pak Mertua aku agaknya. FTDX 401. Katanya 400w output. Ntah la....hari nie baru nak warm up. Panas2 dari G land bersama kerusi rehat colonial.

TQ abg hanafi atas kepercayaan tetapi aku dah bilang awal2.....kalau berasap aku tak jamin hehehe....barang berapa puluh tahun nie. Pesanan ini aku terima dari 9M2AR.....test....test jugak Hairie....tapi deal awal......kalau tak ......tak larat nak ganti radio orang.

Hobi ini masih lagi berterusan dan aku enjoy cara aku.....tak pening kepala nak rebut jawatan dalam persatuan....tak pening kepala nak tulis minit mesyuarat....tak pening kepala nak dengar rakan2 bertikam lidah disana dan disini dan yang paling penting tak perlu nak galas kerja PDRM,,JPAM,,Bomba dan sebagainya. Depa dah tau kerja depa dan kita nie setakat boleh membantu saja.....hehehe

all the best

Tuesday, December 20, 2011

9M2GET/2...........PORTABLE BATU BUROK


Dah hampir 20 hari aku berada di luar lokalan Arau. Destinasi utama mestilah di Kuala Terengganu. Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang 20 hari nie dan aku cukup2 relaks.

Selain Kuala Terengganu aku juga berkunjung ke Kuala Selangor dan Sri Kembangan. Di Kuala Selangor aku sempat bertemu dengan 9M2NDO dan rakan2nya. Alhamdulillah....Icom 735 aku telah berjaya di baik pulih sepenuhnya oleh beliau dan Nampaknya peluang aku untuk on the air dalam mode portable cerah.

Setelah Kuala Selangor....aku singgah sekejap di Sri Kembangan bertemu 9M2ZC....bang Zack. Ini merupakan kunjungan kali kedua aku. Cantik kediamannya....dan hebat2 equipment yang di pakai beliau. Tujuan aku hanya satu.....mengutip barang yang dia dah tak nak pakai lagi.



JRL 2000F ini telah ditawarkan kepada aku semasa kunjungan yang pertama ke rumah beliau memandangkan beliau mempunyai 2 unit set yang sama tetapi pada masa itu aku tak mampu kerana aku ke KL dengan Belon. Peluang berkereta kali ini aku tidak sia-sia kan dan Amplifier ini telah selamat aku bawa balik ke Terengganu.

Kata bang Zack ianya bermasalah.....tetapi petang nie aku cuba drive dengan low power dan alhamdulillah ia berfungsi dengan baik sekali....rezeki.

Walaubagaimanapun aku masih mencari 15 pin male untuk cuba controlkan Linear Amplifier nie semaksimum mungkin. Tnx to 9M2ZC for support....."hang pakai la hairie...kalau hang mati aku ambik balik......hehehe gurau bang zack" tapi kalau aku mati dulu hang ambik terus.....

aku pun tak nak mintak sapa2 mati dulu hehehe...kalau boleh biarlah umur panjang. Tetapi kalau owner Linear Amplifier ini memerlukan ia kembali sudah pasti aku akan terbang semula ke Sri Kembangan.


OWNER OF THE JRL 2000F


WORKING WELL

Alahamdulillah trip sekali nie memang menggembirakan dan InsyaAllah aku akan bertolak semula ke Indera Kayangan 23 Dis nie bersama rakan2 Ham Pantai Timur yang akan bercuti di Perlis.Ya Allah selamatkanlah perjalanan Kami ini dan lindungi lah aku sepanjang perjalanan ini. Panjangkanlah umur rakan2 ku terutamanya 9M2NDO dan 9M2ZC yang bertungkus lumus membantu aku kali ini dalam Hobi yang unik ini. Amin.

Older Posts